Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SilkAir lancarkan penerbangan tanpa henti ke Busan 1 Mei

 SilkAir, anak syarikat penerbangan serantau Singapore Airlines akan memulakan operasi penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Busan di Korea Selatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
SilkAir lancarkan penerbangan tanpa henti ke Busan 1 Mei

Gambar fail pesawat SilkAir. (Gambar: SilkAir)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 08:45AM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 09:49AM

SINGAPURA: SilkAir, anak syarikat penerbangan serantau Singapore Airlines akan memulakan operasi penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Busan di Korea Selatan. Demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan media pada Isnin (18 Feb).

Mulai 1 Mei, syarikat penerbangan itu akan mengendalikan empat penerbangan seminggu ke bandar kedua terbesar negara itu, menjadikannya yang pertama di Korea Selatan untuk ditambah ke rangkaian SilkAir.

Ini "menunjukkan komitmen (SilkAir) untuk membawa para pelanggan ke destinasi-destinasi baru dan menarik di rantau Asia Pasifik," menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

SilkAir juga adalah syarikat penerbangan pertama yang menawarkan penerbangan berjadual antara kedua-dua bandar itu.

Khidmat baru itu, yang akan beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8, akan menawarkan kedua-dua kabin kelas Bisnes dan Ekonomi.

Para pelanggan akan dapat menikmati "pengalaman khidmat penuh" semasa penerbangan, menurut SilkAir. Ini termasuk sajian makanan dan hiburan dalam penerbangan, peruntukan bagasi percuma dan daftar masuk sekali sahaja jika mereka menaiki penerbangan SilkAir atau Singapore Airlines dalam perjalanan transit melalui Singapura.

Busan adalah destinasi pelancongan popular.

Syarikat penerbangan serantau SilkAir yang bergabung dengan Singapore Airlines tahun lalu, mengendalikan sekitar 400 penerbangan seminggu ke 49 destinasi di 26 negara.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan