Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sidang Puncak Bandar-Bandar Sedunia di MBS terap elemen mesra alam

Sidang Puncak Bandar-Bandar Sedunia akan berlangsung mulai esok (8 Jul) hingga Khamis depan bertepatan dengan Minggu Air Antarabangsa Singapura dan Sidang Puncak Sekitaran Bersih Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jul 2018 05:02PM Dikemas Kini : 07 Jul 2018 10:36PM

SINGAPURA: Sidang Puncak Bandar-Bandar Sedunia akan berlangsung mulai esok (8 Jul) hingga Khamis depan bertepatan dengan Minggu Air Antarabangsa Singapura dan Sidang Puncak Sekitaran Bersih Singapura.

Ia merupakan acara sekitaran terbesar tahun ini dan akan berlangsung di Marina Bay Sands. Berbeza dengan diadakan pada masa lalu, edisinya kali menerapkan elemen-elemen mesra alam.

Untuk mengurangkan pembaziran makanan, khidmat katering hanya disediakan bagi 80 peratus pengunjung yang dijangka hadir.

Suhu di semua bilik sidang pula ditetapkan pada paras 24 darjah Selsius.

Pembahagi air (dispenser) juga digunakan sebagai ganti air botol yang lazimnya diagih-agihkan sebelum ini. Maka itu, para peserta diharap membawa botol air sendiri atau menggunakan cawan kaca yang disediakan.

Dalam pada itu, panel-panel kuasa suria terapung di Kolam Air Tengeh turut dimanfaatkan. Tenaga elektrik yang digunakan semasa acara itu akan diimbangi dengan tenaga elektrik yang dijana daripada panel-panel tersebut. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan