Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sidang Puncak ASEAN: 20 pemimpin negara dijadual buat lawatan rasmi ke S'pura

Para pemimpin Malaysia, Amerika Syarikat, Rusia dan China adalah antara para pemimpin negara yang bakal tiba di Singapura bagi Sidang Puncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat-mesyuarat yang akan berlangsung minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sidang Puncak ASEAN: 20 pemimpin negara dijadual buat lawatan rasmi ke S'pura

Gambar fail bendera ASEAN dan bendera negara-negara anggota ASEAN. (Gambar: Remeo Gacad/AFP)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 08:23PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 08:56PM

SINGAPURA: Para pemimpin Malaysia, Amerika Syarikat, Rusia dan China adalah antara para pemimpin negara yang bakal tiba di Singapura bagi Sidang Puncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat-mesyuarat yang akan berlangsung minggu depan.

Sekurang-kurangnya empat pemimpin akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi mereka ke negara ini.

Pada Isnin (12 Nov), Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah Yacob.

PM Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, kemudian akan meraikan Dr Mahathir dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dalam satu jamuan tengah hari.

Pada hari Selasa (13 Nov), Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong akan mengadakan majlis jamuan tengah hari untuk Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga akan menerima Anugerah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS).

Naib Presiden Amerika, Mike Pence, adalah seorang lagi kenamaan yang akan berada di Singapura untuk menyertai Sidang Puncak ASEAN-Amerika dan beliau akan mengadakan pertemuan privet dengan PM Lee.

Encik Pence dan isterinya, Cik Karen Pence, juga akan diberi sambutan rasmi di Istana.

Seorang lagi pemimpin negara yang akan berada di Singapura buat pertama kali ialah Presiden Russia, Vladimir Putin.

Encik Putin akan melakukan lawatan dua hari sedang kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Rusia dengan Singapura.

Pada Selasa ini (13 Nov), Encik Putin akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah serta mengadakan pertemuan dengan PM Lee.

Presiden Halimah dan Encik Putin juga akan merasmikan bersama Pusat Budaya Rusia selain meraikan beliau dalam jamuan negara.

Perdana Menteri China, Li Keqiang, juga akan berada di Singapura mulai Isnin (12 Nov) bagi lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Puncak itu.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Singapura sejak menjadi Perdana Menteri pada 2013.

Selama lawatan lima hari itu, Encik Li akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin Singapura serta menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian dalam bidang kewangan, inisiatif laluan sutera, budaya dan sekitaran.

Beliau juga akan menyampaikan ceramah kepada para peniaga tempatan mengenai peluang perniagaan di China. 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan