Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIAS persoal gaji CEO Hyflux yang dilanda masalah kewangan

Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) mengemukakan beberapa persoalan tentang gaji Ketua Eksekutif CEO syarikat rawatan air Hyflux, yang dibelenggu masalah kewangan, serta operasi-operasi kewangannya.

Anggaran Waktu Membaca:
SIAS persoal gaji CEO Hyflux yang dilanda masalah kewangan

Gambar fail CEO Hyflux Olivia Lum

Diterbitkan : 11 Feb 2019 02:40PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 02:43PM

SINGAPURA: Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) mengemukakan beberapa persoalan tentang gaji Ketua Eksekutif CEO syarikat rawatan air Hyflux, yang dibelenggu masalah kewangan, serta operasi-operasi kewangannya.

Dalam surat yang dikeluarkan hari ini (11 Feb) oleh Presiden dan CEO SIAS, David Gerald, badan pemantau pelabur itu mempersoalkan mengapa
CEO Hyflux Cik Olivia Lum menerima dividen lebih S$60 juta daripada saham 34 peratus yang dimilikinya dalam syarikat itu pada 2017.

Ini meskipun Hyflux mengalami kerugian selama setahun, yang mencapai sekitar S$115 juta.

Selain itu, SIAS menyatakan bahawa Cik Lum juga menerima gaji, faedah, dan bonus yang lumayan.

Menggariskan butiran-butiran tersebut, SIAS ingin tahu mengapa Cik Lum tidak menyumbang keuntungan yang diraihnya kepada proses penyusunan semula syarikat.

SIAS juga ingin tahu sama ada beliau memegang sebarang peranan dalam kumpulan Hyflux selepas syarikat tersebut disusun semula.

SIAS juga mempersoalkan bagaimana Hyflux yang meskipun mengalami aliran tunai operasi negatif setiap tahun sejak 2009, melaporkan keuntungan setiap tahun sebelum 2017. 

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan