Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siapakah orang yang bertanggungjawab selaras pergerakan 21 pesawat NDP? Ini dia...

Tahun ini, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) juga menyambut ulang tahunnya yang ke-50 dan ia menjanjikan "pertunjukan udara yang lebih gah" dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Anggaran Waktu Membaca:
Siapakah orang yang bertanggungjawab selaras pergerakan 21 pesawat NDP? Ini dia...

Seorang pengawal lalu lintas udara. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jul 2018 11:50PM Dikemas Kini : 10 Jul 2018 11:55PM

SINGAPURA: Kurang sebulan lagi sebelum Singapura meraikan Hari Kebangsaannya yang ke-53.

Tahun ini, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) juga menyambut ulang tahunnya yang ke-50 dan ia menjanjikan "pertunjukan udara yang lebih gah" dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Namun untuk memastikan semua itu berjalan lancar, sepasukan pengawal lalu lintas udara bertanggungjawab menyelaras pergerakan kesemua 21 pesawat terlibat.

Jet-jet pejuang melakukan aksi aerobatik yang rumit makanala helikopter-helikopter terbang mengikut formasi.

Pertunjukan udara seperti ini sering berjalan tanpa masalah pada 9 Ogos.

Namun siapakah orang-orang kuat di sebalik penyelarasan yang sempurna ini?

Tugas itu dipikul oleh 10 pengawal lalu lintas udara di lima zon kawalan. Mereka mengurus ruang udara di negara ini serta memberi khidmat pemantauan lalu lintas udara.

Encik Paul Lim, 29 tahun, merupakan penyelaras keseluruhan bagi operasi pertunjukan udara NDP tahun ini.

Selain melakar rancangan bagi perlaksanaan dengan lancar acara terbang lalu, beliau juga bertanggungjawab membuat perancangan sekiranya berlaku keadaan-keadaan di luar jangkaan seperti cuaca buruk.

Encik Lim perlu bekerja rapat dengan Encik Sean Guo Jin, pengawal utama bagi pertunjukan udara NDP. Salah satu tugas paling mencabar bagi Encik Guo Jin adalah bercakap dengan kesemua 21 juruterbang secara serentak.

Dan menjelang 9 Ogos, pasukan pengawal lalu lintas udara ini pastinya akan menumpukan sepenuh perhatian mereka pada skrin masing-masing supaya seluruh negara dapat menikmati satu lagi pertunjukan udara yang gah dari pentas terapung Marina Bay.  

Sumber : CNA/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan