Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA, Scoot tambah penerbangan di bawah skim laluan perjalanan orang divaksin

Syarikat penerbangan negara, Singapore Airlines (SIA) akan menambah penerbangan di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) ke sembilan lagi bandar, menyusuli pengumuman pada Sabtu (9 Okt) bahawa Singapura akan melanjutkan aturan perjalanan itu ke lapan negara lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA, Scoot tambah penerbangan di bawah skim laluan perjalanan orang divaksin

(Gambar: Roslan RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 09:25PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 09:31PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan negara, Singapore Airlines (SIA) akan menambah penerbangan di bawah skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) ke sembilan lagi bandar, menyusuli pengumuman pada Sabtu (9 Okt) bahawa Singapura akan melanjutkan aturan perjalanan itu ke lapan negara lagi.

Bermula 19 Oktober, SIA akan mengendalikan penerbangan VTL dari Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, London, Los Angeles, Milan, New York, Paris dan Rome.

Penerbangan itu adalah tambahan kepada perkhidmatan dari Seoul yang akan bermula pada 16 November.

Syarikat penerbangan itu sudahpun mengendalikan penerbangan VTL ke Bandar Seri Begawan di Brunei, serta Frankfurt dan Munich di Jerman.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah di bawah SIA Group, Scoot - akan mengendalikan penerbangan VTL dari Berlin mulai 20 Oktober.

Di bawah aturan tersebut, mereka yang sudah divaksinasi boleh terbang ke negara-negara yang dikenal pasti dan memasuki Singapura tanpa perlu menjalani kuarantin. Bagaimanapun, mereka akan dikenakan syarat seperti perlu menjalani ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) sebelum keberangkatan dan ketibaan.

Negara-negara yang baru disertakan di bawah skim itu adalah Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Belanda, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat, menjadikan jumlah negara di bawah aturan tersebut kini menjadi 11.

Laman web SIA tidak dapat diakses buat sementara pada Sabtu petang selepas pengumuman laluan baru VTL.

PERJALANAN BEBERAPA BANDAR

SIA menyatakan bahawa jadual perjalanan beberapa bandar di negara-negara VTL ini dibenarkan jika pelanggan memenuhi syarat sejarah perjalanan 14 hari, termasuk negara transit.

Misalnya, mereka boleh terbang dari Singapura ke Paris, kemudian Paris ke Amsterdam, dan masih layak bagi penerbangan VTL dari Amsterdam ke Singapura.

Namun, penumpang yang melakukan perjalanan dari Singapura ke Los Angeles melalui Tokyo tidak akan layak jika menetap di Los Angeles kurang dari dua minggu, kerana Tokyo tidak termasuk di bawah aturan tersebut.

Lapangan Terbang Changi menyambut baik VTL baru itu sebagai "satu lagi langkah positif" ke arah pemulihan perjalanan dan keterhubungan bagi hab udara negara itu. 11 negara di bawah skim itu menurutnya menyumbang lebih 6.7 juta penumpang lapangan terbang pada 2019. Negara-negara itu termasuk dalam pasaran penerbangan jarak jauh utama Changi sebelum pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan