Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA periksa 4 pesawat A380 atas usulan agensi antarabangsa susuli keretakan pada bahagian sayap

Empat pesawat A380 Airbus daripada kumpulan pesawat Singapore Airlines (SIA) "perlu diperiksa", menurut syarikat penerbangan tersebut pada Selasa (9 Jul) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA periksa 4 pesawat A380 atas usulan agensi antarabangsa susuli keretakan pada bahagian sayap

Pesawat Singapore Airlines. (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 01:17PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 04:28PM

SINGAPURA: Empat pesawat A380 Airbus daripada kumpulan pesawat Singapore Airlines (SIA) "perlu diperiksa", menurut syarikat penerbangan tersebut pada Selasa (9 Jul) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. 

Ini selepas Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) mendedahkan saranan-saranannya pada 5 Julai untuk mengeluarkan arahan layak terbang (AD) berhubung laporan mengenai keretakan yang dikesan pada bahagian sayap pesawat A380 yang dihasilkan antara 2004 dengan 2006.

Menurut SIA, pihaknya maklum mengenai arahan layak terbang yang diusulkan oleh EASA berhubung pemeriksaan itu.

"Empat pesawat A380 kami perlu diperiksa. Keselamatan para penumpang dan kakitangan menjadi keutamaan kami dan kami akan memastikan segala keperluan pemeriksaan dipatuhi," tambah seorang jurucakap SIA.

Sebanyak 25 pesawat A380 perlu diperiksa. Syarikat-syarikat penerbangan lain yang dilaporkan turut menggunakan pesawat tersebut termasuk Air France, Lufthansa, Emirates dan Qantas.

EASA menyatakan: "Bagi menangani keadaan yang berkemungkinan tidak selamat ini, Airbus merancang untuk mengeluarkan SB (Buletin Khidmat) untuk menyediakan arahan pemeriksaan itu".

"AD ini adalah satu langkah sementara, yang dihadkan kepada 25 sayap paling tua. Berdasarkan dapatan daripada pemeriksaan itu, tindakan susulan AD mungkin diterbitkan untuk menangani khidmat pesawat lain," tambah agensi tersebut.

Mediacorp sudah menghubungi Qantas dan Emirates untuk mendapatkan respons masing-masing terhadap arahan yang diusulkan itu. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan