Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA lancar penerbangan tanpa henti ke Seattle pada September 2019

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan memulakan penerbangan tanpa henti ke Seattle pada 3 September 2019, iaitu destinasi keempat di Amerika Syarikat bagi penerbangan tanpa henti yang ditawarkan oleh SIA.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA lancar penerbangan tanpa henti ke Seattle pada September 2019

Pesawat Airbus A350-900. (Gambar: Singapore Airlines)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 03:04PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 03:14PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) akan memulakan penerbangan tanpa henti ke Seattle pada 3 September 2019, iaitu destinasi keempat di Amerika Syarikat bagi penerbangan tanpa henti yang ditawarkan oleh SIA.

Langkah itu diambil di tengah-tengah usaha SIA untuk memperluaskan operasi dan rangkaiannya di Amerika Syarikat, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan media pada Khamis (1 Nov).

Ia kini melakukan penerbangan tanpa henti ke San Francisco dan New York. Syarikat penerbangan itu juga akan memulakan penerbangan tanpa henti ke Los Angeles pada Jumaat (2 Nov).

"Penerbangan tanpa henti SIA ke Seattle menunjukkan komitmen kami untuk memperluaskan operasi syarikat kami dalam pasaran Amerika Syarikat yang dianggap penting selain membangunkan rangkaian kami," kata CEO SIA, Goh Choon Phong.

"Khidmat baru itu juga akan memperkukuhkan lagi hab Singapura dengan menyediakan para pelanggan dengan ketersambungan yang lebih banyak dan pantas dari pasaran-pasaran utama seperti Asia Tenggara, Asia Selatan dan Australasia ke Amerika Utara," kata Encik Goh.

Penerbangan tanpa henti antara Singapura dengan Seattle akan ditawarkan tiga kali seminggu selepas ia dilancarkan pada September depan. Jumlah penerbangan akan dinaikkan kepada empat kali seminggu pada bulan seterusnya.

Pesawat Airbus A350-900 akan digunakan bagi penerbangan tersebut, dilengkapi dengan 42 tempat duduk bagi kelas bisnes, 24 tempat duduk dalam kelas ekonomi premium dan 187 tempat duduk dalam kelas ekonomi.

SIA akan mengendalikan 53 penerbangan setiap minggu ke Amerika Syarikat menjelang Disember 2018, termasuk 27 penerbangan tanpa henti antara kedua-dua negara. Jumlah itu akan meningkat kepada 57 penerbangan setiap minggu, dengan penerbangan baru ke Seattle itu akan diperkenalkan pada tahun depan.

Tiket-tiket penerbangan antara Singapura dengan Seattle akan dijual secara bertahap-tahap mulai 7 November, tambahnya.

SIA menawarkan semula penerbangan komersil jarak paling jauh di dunia pada bulan lalu selepas tempoh lima tahun, dengan penerbangan tanpa henti dari Singapura ke New York mengambil masa hampir 19 jam.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan