Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

SIA kumpul S$2 bilion daripada jualan dan pajakan balik pesawat

Singapore Airlines (SIA) telah mengumpul dana bernilai AS$1.5 bilion (S$2 bilion) daripada hasil jualan dan pajakan balik 11 pesawat - iaitu tujuh Airbus A350 dan empat pesawat Boeing 787 - kepada empat pihak berbeza.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 May 2021 06:51PM Dikemas Kini : 03 May 2021 09:40PM

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) telah mengumpul dana bernilai AS$1.5 bilion (S$2 bilion) daripada hasil jualan dan pajakan balik 11 pesawat - iaitu tujuh Airbus A350 dan empat pesawat Boeing 787 - kepada empat pihak berbeza.

Syarikat penerbangan itu sedang menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19 dan sedang berusaha untuk mengukuhkan kedudukan kecairan modalnya.

Sejak ia memulakan kempen mengumpul dananya pada April lalu, SIA telah secara keseluruhannya meraih $11.6 bilion (S$15.4 bilion).

Ini dilaksanakan menerusi keluaran hak, mendapatkan pembiayaan dan pembekalan bon yang boleh ditukar kepada saham biasa.

CEO Goh Choon Phong berkata bahawa SIA akan terus meneroka cara-cara lain untuk memperkukuh kecairan modal sebagai tindak balas kepada keadaan pasaran dan memanfaatkan semua peluang pertumbuhan.

SIA melaporkan bahawa jumlah penumpang menjunam 99.6 peratus pada April berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Perdagangan saham SIA turun 2 peratus berikutan berita tersebut.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan