Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SIA henti sediakan kacang tanah sebagai snek

Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) hari ini (30 Apr) menyatakan ia sudah berhenti menyediakan kacang tanah sebagai snek kepada para penumpang kesemua kelas kabin.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA henti sediakan kacang tanah sebagai snek

Pesawat Boeing 787-10 Singapore Airlines. (Gambar: SIA)

Diterbitkan : 30 Apr 2018 07:02PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 07:03PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) hari ini (30 Apr) menyatakan ia sudah berhenti menyediakan kacang tanah sebagai snek kepada para penumpang kesemua kelas kabin.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap SIA berkata langkah itu sudahpun dimulakan sejak bulan April.

"Gajus, kacang makadamia dan walnut masih disediakan bagi para penumpang Suit dan Kelas Pertama, sementara badam dan gajus disediakan bagi para penumpang Kelas Bisnes dan Ekonomi Premium," menurut SIA.

Jurucakap itu menambah bahawa pek snek bagi kelas Ekonomi sekarang mengandungi kacang pis dan keropok dan bukan kacang tanah.

Langkah ini diambil setelah seorang kanak-kanak mengalami alahan kacang tanah semasa menaiki pesawat SIA pada bulan Julai lalu.

Menurut laporan media Australia, kanak-kanak itu mula muntah-muntah dan matanya membengkak apabila para penumpang lain membuka pek snek yang mengandungi kacang tanah. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan