Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shell pertimbang bina loji bahan bakar bio di Pulau Bukom

Syarikat Shell sedang mempertimbangkan pembinaan loji bahan bakar bio di Singapura untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi bahan bakar enjin pesawat yang mampan, lapor Reuters.

Anggaran Waktu Membaca:
Shell pertimbang bina loji bahan bakar bio di Pulau Bukom

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 07:01PM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 07:06PM

SINGAPURA: Syarikat Shell sedang mempertimbangkan pembinaan loji bahan bakar bio di Singapura untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi bahan bakar enjin pesawat yang mampan, lapor Reuters.

Demikian menurut syarikat minyak dan gas Belanda itu pada Rabu (24 Nov).

Loji yang dirancangkan di Pulau Bukom itu boleh menghasilkan bahan bakar sebanyak 550,000 tan setiap tahun bagi hab-hab udara utama di Asia seperti Lapangan Terbang Changi dan Hong Kong.

Shell sedang berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan Asia seperti Singapore Airlines, Cathay Pacific, Japan Airlines dan Nippon Airlines.

Ia sudahpun mula membina loji bahan api bio di Rotterdam, Belanda.

Shell sedang beralih dari bahan bakar fosil untuk menangani masalah perubahan iklim.

Syarikat itu sudahpun mengurangkan kapasiti pemprosesan minyak mentah di Singapura sebanyak separuh dan mengurangkan eksport minyak.

Sumber : Reuters/ZM/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan