Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shell lancarkan pengecas kenderaan elektrik di S'pura, pertama di Asia Tenggara

Royal Dutch Shell melancarkan pengecas kenderaan elektrik di stesen-stesen minyak di Singapura, yang pertama dilancarkan syarikat itu di Asia Tenggara, menurut Shell pada Isnin (19 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2019 02:12PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 12:21AM

SINGAPURA: Royal Dutch Shell melancarkan pengecas kenderaan elektrik di stesen-stesen minyak di Singapura, yang pertama dilancarkan syarikat itu di Asia Tenggara, menurut Shell pada Isnin (19 Ogos).

Khidmat mengecas kenderaan elektrik, Shell Recharge, akan disediakan di 10 stesen minyak Shell setempat iaitu membentuk sekitar 20 peratus rangkaian runcitnya merata negara menjelang Oktober tahun ini. Demikian menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Stesen-stesen tersebut akan meliputi kawasan berikut: Newton Hooper, Alexandra, Yishun, Ang Mo Kio, Paya Lebar PIE, Choa Chu Kang, Boon Lay, Sengkang, Havelock dan Bukit Batok West.

(Grafik: Shell)

Bagi bayaran S$0.55 sekilowatt jam, pengecas itu biasanya menyediakan dari 0 peratus hingga 80 peratus pengecasan dalam sekitar 30 minit dan ia sesuai digunakan untuk kebanyakan kenderaan elektrik di Singapura.

Kajian yang dijalankan oleh Shell mengenai tingkah laku pengguna kenderaan elektrik menunjukkan bahawa 52 peratus warga setempat tidak membeli atau menggunakan kereta elektrik kerana mereka berpendapat stesen pengecasan di Singapura tidak mencukupi, menurut syarikat berkenaan.

Menurut pengerusi negara Shell Companies di Singapura, Shell merancang untuk menawarkan lebih banyak huraian tenaga karbon rendah di Singapura pada bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan