Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shell bakal uji kapal berkuasa hidrogen pertama di S'pura

Shell sedang bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk menguji penggunaan tenaga kuasa hidrogen bagi kapal, dalam satu kajian yang pertama seumpamanya bagi syarikat tenaga itu dan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Shell bakal uji kapal berkuasa hidrogen pertama di S'pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 04:51PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 04:53PM

SINGAPURA: Shell sedang bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk menguji penggunaan tenaga kuasa hidrogen bagi kapal, dalam satu kajian yang pertama seumpamanya bagi syarikat tenaga itu dan Singapura.

Kejayaan uji cuba itu akan "membantu merintis jalan bagi sektor perkapalan yang lebih bersih dan berkuasa hidrogen", menurut Shell dalam satu kenyataan media, sambil menambah bahawa kuasa tenaga hidrogen kemungkinan besar adalah teknologi sifar pelepasan gas karbon yang dapat membantu sektor perkapalan mencapai pelepasan sifar menjelang 2050.

Ujian tersebut melibatkan penghasilan dan pemasangan bateri bahan api pada kapal sedia ada yang membawa kargo pada lori. Setelah ia dipasang pada tahun depan, kapal tersebut akan beroperasi selama tempoh uji 12 bulan.

Shell yang merupakan penyewa kapal yang diuji itu dan penyedia bahan tenaga hidrogen, sedang bekerjasama dengan SembCorp Marine dan anak syarikatnya LMG Marin, yang akan mereka sel bahan api dan memasangnya pada kapal tersebut. Penguin International yang memiliki kapal itu turut terlibat dalam kajian berkenaan.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan ia mengalu-alukan inisiatif untuk menguji bahan tenaga hidrogen sebagai sumber tenaga lebih bersih.

"Kami menghargai keyakinan yang diberikan oleh syarikat-syarikat terhadap Singapura dalam menguji kebolehlaksanaan teknologi baru ini di Pelabuhan Singapura," kata ketua eksekutif MPA Cik Quah Ley Hoon.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan