Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shaw Theatres Jewel buka pawagam pertama khas untuk keluarga dan kanak-kanak

Pawagam Shaw Theatres Jewel bakal dibuka untuk orang ramai Rabu depan (17 Apr) dengan menawarkan beberapa khidmat yang pertama seumpamanya di sini, termasuk pawagam dilengkapi sistem bunyi DTS:X yang menawarkan pengalaman bunyian pelbagai dimensi.

Anggaran Waktu Membaca:
Shaw Theatres Jewel buka pawagam pertama khas untuk keluarga dan kanak-kanak

(Gambar: Shaw)

Diterbitkan : 11 Apr 2019 11:02PM Dikemas Kini : 11 Apr 2019 11:19PM

SINGAPURA: Pawagam Shaw Theatres Jewel bakal dibuka untuk orang ramai Rabu depan (17 Apr) dengan menawarkan beberapa khidmat yang pertama seumpamanya di sini, termasuk pawagam dilengkapi sistem bunyi DTS:X yang menawarkan pengalaman bunyian pelbagai dimensi.

Pawagam baru di Jewel Lapangan Terbang Changi itu juga akan menempatkan panggung wayang pertama di Singapura yang diperuntukkan khas bagi kanak-kanak dan keluarga, serta pawagam IMAX generasi masa depan dilengkapi IMAX dengan Laser, kedua-duanya bakal dibuka pada 24 April.

Dinamakan Dreamers, pawagam mesra kanak-kanak itu dilengkapi ciri cahaya dan bunyi yang lebih sederhana, dan akan menayangkan filem-filem mesra keluarga sepanjang tahun.

Ini satu ciri tambahan selepas program Movies With The Little Ones (Wayang Dengan Si Cilik) diadakan oleh Shaw Theatres pada hujung minggu pertama setiap bulan di pawagam tertentu.

Sistem pancaran laser 4K pawagam tersebut berserta ciri-ciri canggih lain menawarkan imej yang lebih tajam dan jelas serta warna yang lebih menyerlah.

Shaw Theatres Jewel juga akan menempatkan dua pawagam mewah baru. Pawagam Lumiere itu hanya mempunyai 26 tempat duduk dan boleh dibaringkan 42 darjah, lengkap dengan tempat sandar yang selesa dan port USB untuk mengecas peranti.

Sebelum pembukaan rasmi pada 17 April nanti, Shaw Theatres Jewel bakal mengadakan rumah terbuka dari 12 hingga 16 April serentak dengan previu Jewel Lapangan Terbang Changi.

Dalam tempoh ini, 500 tiket wayang percuma akan diberikan kepada 500 pengunjung pertama Jewel setiap hari.

Setiap pengunjung akan diberikan sepasang tiket wayang. Baris giliran bermula pada 10.00 pagi di panggung. Promosi hanya boleh digunakan bagi filem yang ditayangkan pada hari yang sama dari tengah hari hingga 7.40 malam di tujuh pawagam biasa dan dua pawagam Lumiere.

Untuk meraikan pembukaan panggung Lumiere itu, tiket filem 2D akan dijual pada harga promosi pada S$15 (harga biasa S$18) luar waktu sibuk dan S$20 (harga biasa S$23) bagi waktu sibuk, bagi tempoh terhad.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan