Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shanmugam: Undang-undang kepalsuan ada 'mekanisme pengawasan' bagi cegah pemerintah salah guna kuasa

‘Mekanisme pengawasan yang jelas’ diperuntukkan dalam Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi (POFMA) untuk mencegah sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Pemerintah Singapura, kata Menteri Undang-Undang K Shanmugam kepada Mediacorp dalam satu wawancara eksklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
Shanmugam: Undang-undang kepalsuan ada 'mekanisme pengawasan' bagi cegah pemerintah salah guna kuasa

Encik K Shanmugam (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Apr 2019 08:13AM Dikemas Kini : 13 Apr 2019 08:16AM

SINGAPURA: ‘Mekanisme pengawasan yang jelas’ diperuntukkan dalam Rang Undang-Undang Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi (POFMA) untuk mencegah sebarang penyalahgunaan kuasa oleh Pemerintah Singapura, kata Menteri Undang-Undang K Shanmugam kepada Mediacorp dalam satu wawancara eksklusif dengan Mediacorp berhubung keprihatinan terhadap rang undang-undang tersebut.

Menurut Encik Shanmugam, langkah-langkah sudah diambil untuk memastikan undang-undang yang diusulkan itu tidak akan disalahgunakan.

Ini dilakukan sedang beliau menangani dakwaan-dakwaan yang menuduh bidang kuasa undang-undang itu terlalu luas dan boleh disalahgunakan oleh Pemerintah pada masa akan datang.

Sebagai contoh, jika terdapat sebarang pengisytiharan yang mendakwa bahawa sesuatu perkara adalah palsu dan memerlukan penjelasan dan pihak mahkamah pula mungkin bertindak dengan sewenang-wenangnya.

Menjawab pertanyaan jika rang undang-undang itu akan memberi terlalu banyak kuasa kepada Pemerintah, Encik Shanmugam menegaskan bahawa tuduhan sedemikian pernah dilontarkan terhadap Pemerintah semasa undang-undang lain digubal.

"Kami sentiasa berkata: 'OK cara ini berkesan buat kita, kami sudah melaksanakannya dan kami menggunakan kuasa itu dengan jujur." Dan kami membenarkan diri kami diadili, dan dari semasa ke semasa orang awam akan menghakimi kami semasa berlangsung pilihan raya dan meneliti hasil kerja-kerja yang kami lakukan. Kelebihannya, kekurangannya - pendek kata, sama ada ia benar-benar berkesan," menurut menteri itu.

"Itulah caranya untuk sesebuah pemerintah yang telus," tambah beliau.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan