Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shanmugam sampaikan kenyataan menteri di Parlimen berhubung kes City Harvest

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam hari ini (1 Feb) mengumumkan beliau akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen tentang kedudukan pemerintah terhadap keputusan kes City Harvest.

Anggaran Waktu Membaca:
Shanmugam sampaikan kenyataan menteri di Parlimen berhubung kes City Harvest

Gambar fail Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 01 Feb 2018 05:01PM Dikemas Kini : 01 Feb 2018 05:03PM

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam hari ini (1 Feb) mengumumkan beliau akan menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen tentang kedudukan pemerintah terhadap keputusan kes City Harvest.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Shanmugam berkata isu itu satu "perkara serius".

Mahkamah Rayuan hari ini (1 Feb) memihak kepada Kong Hee dan lima yang lain dari Gereja City Harvest, menolak percubaan pendakwa untuk menegakkan keputusan dan hukuman asal terhadap enam pemimpin gereja itu.

Pejabat Peguam Negara (AGC) kemudian mengumumkan ia akan bekerjasama dengan kementerian-kementerian relevan tentang "semakan yang sewajarnya terhadap Kanun Jenayah" berikutan keputusan mahkamah.

Parlimen akan bersidang pada 5 Februari.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan