Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shanmugam, ahli akademik UK bahas perlunya undang-undang untuk tangani berita palsu

Seorang ahli akademik Britain bertikam lidah dengan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam hari ini (15 Mac) apabila beliau berkata bahawa perundangan harus dijadikan langkah terakhir dalam menentang kempen-kempen sengaja menyebarkan maklumat palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Shanmugam, ahli akademik UK bahas perlunya undang-undang untuk tangani berita palsu

Gambar: Petikan skrin

Diterbitkan : 15 Mar 2018 08:22PM Dikemas Kini : 15 Mar 2018 08:24PM

SINGAPURA: Seorang ahli akademik Britain bertikam lidah dengan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam hari ini (15 Mac) apabila beliau berkata bahawa perundangan harus dijadikan langkah terakhir dalam menentang kempen-kempen sengaja menyebarkan maklumat palsu.

Dalam keterangan bertulisnya, penganalisis pertahanan dan maklumat palsu, Ben Nimmo, memberitahu Jawatankuasa Pilihan bagi Kepalsuan Online Disengajakan bahawa "seboleh mungkin, maklumat, sungguhpun maklumat palsu, harus di luar skop pemerintah".

Beliau menyarankan bahawa adalah lebih berkesan bagi pemerintah untuk mendampingi platform seperti Facebook dan Twitter, daripada dari mula lagi mengambil langkah perundangan.

"Pendekatan yang anda ambil adalah soal falsafah," jawab Encik Shanmugam. "Keseimbangan harus dicapai antara hak seseorang untuk menyebarkan berita palsu, hak untuk mengambil tindakan ke atas kelakuan sedemikian ... dengan hak masyarakat untuk melindungi diri dan memastikan keamanan dan kedamaian."

Encik Nimmo pula membalas dengan berkata: "Jika anda sedang berfikir untuk menggubal sesuatu undang-undang yang mengarahkan platform-platform agar menurunkan maklumat-maklumat palsu apabila disuruh ... Bagaimana anda mentakrifkan masalahnya? Terdapat banyak perkara yang samar-samar di sini. Mukadimah bagi undang-undang anda sahaja akan setebal Kamus Oxford."

Pertikaman lidah tersebut berlanjutan sekitar setengah jam dan digulung dengan Encik Shanmugam berkata: "Ia perkara berhubung nilai tetapi saya rasa ia wajar bagi pemerintah campur tangan dan berkata 'Ini tidak dibenarkan'."

"Perundangan tidak semestinya hanya satu-satunya huraian. Mungkin pelbagai huraian berbeza diperlukan untuk kesan yang sedikit berlainan." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan