Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Shalom International Movers, Signify diiktiraf atas budaya pembelajaran terbaik tempat kerja

Dua syarikat menerima pensijilan bagi budaya pembelajaran yang terbaik di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2018 10:07PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 10:14PM

SINGAPURA: Dua syarikat menerima pensijilan bagi budaya pembelajaran yang terbaik di tempat kerja.

Shalom International Movers dan Signify menerima anugerah itu yang diadakan buat pertama kalinya dan diiktiraf Institut Great Place to Work, Singapura.

Shalom merupakan satu-satunya syarikat yang juga berjaya memenangi anugerah kerana mempunyai tempat kerja yang baik untuk para pekerja secara amnya.

Anugerah diberikan selepas tinjauan dijalankan ke atas para pekerja untuk menilai syarikat yang baik untuk bekerja dan belajar.

Mereka yang terlibat dalam usaha itu merangkumi lebih 800 pertubuhan dan 400,000 kakitangan merata rantau ini.

Tinjauan itu juga menunjukkan terdapat hubungan rapat antara kerjasama dengan pemikiran terhadap tempat kerja yang baik.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan