Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGSecure anjur pameran kedua di Ang Mo Kio bagi pertingkat kesedaran masyarakat

SGSecure mengadakan pameran bergeraknya yang kedua di Ang Mo Kio hujung minggu ini bagi meningkatkan kesedaran tentang cara-cara bertindak semasa kecemasan, menerusi ciri-ciri interaktif seperti latihan serangan pengganas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2019 06:05PM Dikemas Kini : 13 Oct 2019 10:21PM

SINGAPURA: SGSecure mengadakan pameran bergeraknya yang kedua di Ang Mo Kio hujung minggu ini bagi meningkatkan kesedaran tentang cara-cara bertindak semasa kecemasan, menerusi ciri-ciri interaktif seperti latihan serangan pengganas.

Apa yang bermula sebagai sesi bersenam beramai-ramai berubah menjadi satu kejadian tebusan. Namun, ia cepat diatasi selepas pihak polis berjaya menumpaskan para pengganas.

Latihan di Ang Mo Kio Central itu disaksikan sendiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Para pengunjung boleh menimba kemahiran tentang pertolongan kecemasan dan belajar bagaimana untuk mengenal pasti ancaman di pameran tersebut.

"Acara SGSecure sebegini amat penting bagi kami terutama sekali apabila diadakan di estet-estet perumahan di mana lebih mudah bagi para penduduk kita yang agak tua, anak-anak dan juga keluarga besar untuk mendapatkan maklumat yang penting selain mendapatkan latihan yang mungkin akan membantu mereka," kata Dr Intan Azura Mokhtar, AP GRC Ang Mo Kio.

"Kalaulah ada serangan atau tindakan pengganas yang berlaku di estet perumahan kita, kita tahu apa yang kita harus lakukan. Jadi saya amat mengalu-alukan acara sebegini."

Pameran bergerak tersebut akan berpindah ke Jurong Point hujung minggu depan sebelum ke beberapa tempat lain di Singapura, dalam tempoh dua tahun akan datang.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan