Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGH lakukan pemindahan hati pertama libatkan penderma lain jenis darah

Hospital Besar Singapura (SGH) berjaya melakukan pemindahan hati pertama di Asia Tenggara yang melibatkan seorang penderma hidup dan penerima hati yang berlainan jenis darah.

Anggaran Waktu Membaca:
SGH lakukan pemindahan hati pertama libatkan penderma lain jenis darah

Hospital Besar Singapura. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Diterbitkan : 20 Sep 2018 11:48PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 11:49PM

SINGAPURA: Hospital Besar Singapura (SGH) berjaya melakukan pemindahan hati pertama di Asia Tenggara yang melibatkan seorang penderma hidup dan penerima hati yang berlainan jenis darah.

Encik Chen Yu Hui, 56 tahun, mempunyai darah jenis B+. Anaknya pula Chen Qingzhong, 32 tahun, merupakan penderma hati kepada bapanya itu meskipun beliau mempunyai jenis darah A+.

Pembedahan pemindahan hati itu dilakukan pada Julai tahun lalu. Ia dapat dilakukan hasil rawatan di SGH yang melibatkan pembuangan antibodi-antibodi darah.

Encik Chen Yu Hui menghidap barah hati, hepatitis B dan sirosis hati.

Sebelum pemindahan hati itu dilakukan, doktor-doktor meramalkan beliau hanya dapat hidup kurang daripada dua tahun.

Namun hari ini, anak-beranak itu sedang dalam proses pemulihan yang baik dan mereka menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap. 

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan