Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGH buat aduan polis berhubung penipuan invois palsu

Hospital Besar Singapura (SGH) pada Sabtu (26 Okt) menyatakan pihaknya sudah memfailkan aduan polis berhubung satu penipuan invois palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
SGH buat aduan polis berhubung penipuan invois palsu

Surat palsu menggunakan nama SGH (Gambar: Facebook/SGH)

Diterbitkan : 26 Oct 2019 10:13PM Dikemas Kini : 26 Oct 2019 10:17PM

SINGAPURA: Hospital Besar Singapura (SGH) pada Sabtu (26 Okt) menyatakan pihaknya sudah memfailkan aduan polis berhubung satu penipuan invois palsu.

Hospital tersebut turut memberi peringatan kepada orang ramai agar berwaspada terhadap dokumen-dokumen palsu seperti itu.

"Sekeping invois palsu dengan lambang SGH dimaklumkan kepada kami. Ia digunakan untuk meminjam wang. Jangan terperdaya dengan penipuan sedemikian," tulis pihak SGH dalam satu catatan Facebook.

Sekeping gambar yang dilampirkan SGH menunjukkan dokumen palsu itu menuntut "pembayaran segera". SGH meminta orang awam agar menghubungi pihaknya menerusi Facebook jika menemui surat sedemikian.

Pihaknya turut menyatakan orang ramai patut mengenal pasti "tanda-tanda" seperti "tulisan tidak betul dan kandungan yang mencurigakan".

"Meskipun ia hanya satu kes, kami menganggapnya penting untuk memaklumkan orang ramai supaya berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan ini," SGH memberitahu Mediacorp.

Pada separuh pertama 2019, lonjakan dalam kes-kes penipuan mendorong kenaikan 7 peratus bagi keseluruhan kes jenayah yang dilaporkan.

Empat jenis penipuan membentuk 80 peratus daripada 10 jenis penipuan paling lazim yang dilaporkan pada separuh pertama tahun ini - penipuan e-dagang, penipuan pinjaman, penipuan bayaran untuk seks dan penipuan cinta Internet.

Jumlah kes sedemikian yang dilaporkan melonjak hampir 60 peratus berbanding tempoh sama pada 2018.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan