Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SGH, BioFactory cipta sistem pertingkat keselamatan pekerja jagaan kesihatan

Sistem skrin yang membantu kakitangan jagaan kesihatan mengambil contoh untuk diuji dengan lebih selamat dan dua kali ganda lebih pantas. Itulah hasil kerjasama Hospital Besar Singapura (SGH) dengan syarikat inkubator bioperubatan tempatan The BioFactory dalam masa dua minggu sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Apr 2020 07:45PM Dikemas Kini : 16 Apr 2020 09:12PM

SINGAPURA: Sistem skrin yang membantu kakitangan jagaan kesihatan mengambil contoh untuk diuji dengan lebih selamat dan dua kali ganda lebih pantas.

Itulah hasil kerjasama Hospital Besar Singapura (SGH) dengan syarikat inkubator bioperubatan tempatan The BioFactory dalam masa dua minggu sahaja.

Sistem 'Swab Assurance For Everyone' atau SG SAFE diperbuat daripada bahan gred perindustrian dan tahan kimia.

Seorang doktor hanya perlu memakai pelitup N95 dengan sarung tangan keselamatan bio yang sudah siap terpasang pada panel berbentuk U semasa menjalankan prosedur mengambil contoh untuk diuji.

Ini menjadikannya bukan saja selamat tetapi mesra pengguna.

Sistem SG SAFE ini bukan saja digunakan di SGH, malah tujuh lagi seumpamanya digunakan di dormitori pekerja asing.

Di tempat-tempat di mana SG SAFE tidak dapat digunakan ekoran ruang yang terhad, terdapat SG SHIELD yang melindungi kakitangan jagaan kesihatan daripada titisan kesan batuk si pesakit semasa mengambil contoh untuk diuji.

Ia mampu menyekat hampir 95 peratus titisan yang mungkin menyentuh kakitangan jagaan kesihatan secara langsung.

Prototaip kedua SG SHIELD dijangka siap minggu depan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan