Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG United permudah masyarakat bantu usaha bendung COVID-19

Satu portal baru dilancarkan pada Khamis (20 Feb) bagi rakyat tempatan yang mahu membantu usaha masyarakat berkaitan penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2020 08:35PM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 12:19AM

SINGAPURA: Satu portal baru dilancarkan pada Khamis (20 Feb) bagi rakyat tempatan yang mahu membantu usaha masyarakat berkaitan penularan COVID-19.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) juga akan memberi S$3,000 kepada badan-badan amal yang merupakan anggota NCSS untuk membantu mereka menampung perbelanjaan berkaitan COVID-19.

Portal SG United merupakan sebuah platform sehenti yang menyediakan peluang melakukan kerja sukarela dan memberi sumbangan derma daripada badan-badan amal dan orang awam.

Ketika melancarkan portal itu semasa sesi membungkus makanan anjuran badan amal Food from the Heart, Menteri MSF, Desmond Lee, berkata respons terhadap portal itu memberangsangkan.

Mereka yang mahu melakukan khidmat sukarela dalam usaha berkaitan COVID-19 akan dirujuk ke laman giving.sg.

Sumbangan derma pula boleh dibuat kepada Dana Tabah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Dana Sayang Sayang Yayasan Masyarakat Singapura.

Orang awam yang mahu memuat naik inisiatif-inisiatif mereka boleh melakukan demikian menerusi laman SG United. 

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan