Images
  • m

SG Maju akan sokong usaha syarikat berinovasi dan berkembang menjadi firma sejagat

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang berpotensi memiliki pertumbuhan tinggi, boleh menjangkakan sokongan lebih besar dari pemerintah untuk berinovasi dan berkembang menjadi firma sejagat.

Program baru skim SG Maju atau (Scale-Up SG) diumumkan Menteri Kewangan Heng Swee Keat semasa Belanjawan 2019, bertujuan membantu syarikat-syarikat menjadi juara global dalam bidang masing-masing.

Sebuah kedai alat tulis, Bynd Artisan, antara contoh syarikat yang berjaya menerapkan inovasi dalam sebuah industri tradisional dan berharap untuk memanfatkan skim SG Maju.

Bermula sebagai syarikat percetakan 74 tahun lalu, para pelanggannya bukan hanya dapat membeli buku-buku nota di sini tetapi juga berpeluang melihat bagaimana bahan-bahan tersebut berubah wajah menjadi hasil karya peribadi yang menarik.

Bahkan, ia kini mempunyai kedai di sebuah gedung beli belah mewah di Shanghai, hasil geran dari Enterprise Singapore.

Bynd Artisan merancang untuk mengembangkan lagi sayapnya dengan memanfaatkan sokongan khusus yang disediakan menerusi skim SG Maju.

Ini termasuk akses kepada rangkaian global serta perkongsian kepakaran.

Lebih banyak butiran mengenai program SG Maju itu akan diumumkan kelak.

- CNA/NA/na

Top