Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG Cares kemas kini app untuk permudah kegiatan sukarela

SG Cares, sebuah gerakan kebangsaan untuk menggalakkan kegiatan sukarela, sudah mengemas kini aplikasinya supaya ia lebih mudah dan pantas bagi para pengguna mencari dan mendaftarkan diri untuk menyertai kerja-kerja sukarela.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 May 2019 11:21PM Dikemas Kini : 12 May 2019 11:23PM

SINGAPURA: SG Cares, sebuah gerakan kebangsaan untuk menggalakkan kegiatan sukarela, sudah mengemas kini aplikasinya supaya ia lebih mudah dan pantas bagi para pengguna mencari dan mendaftarkan diri untuk menyertai kerja-kerja sukarela.

Aplikasi itu kini dilengkapi dengan papan pemuka untuk memantau bilangan masa yang diluangkan para sukarelawan serta jumlah derma mereka.

Ia adalah sebahagian daripada projek kedua lukisan dinding SG Cares.

Lukisan itu memberi penghormatan kepada 15 perintis dan pertubuhan yang telah menyumbang kepada pembangunan sektor jagaan kesihatan, pendidikan dan belia Singapura sejak tahun-tahun 1800-an.

Seramai 600 orang awam bekerjasama untuk menyiapkan bahagian lukisan dinding tersebut.

Lukisan dinding tersebut yang kedua dilancarkan daripada empat lukisan secara keseluruhannya.

Lukisan yang pertama dilancarkan pada bulan lalu.

Semasa merasmikannya hari ini (12 Mei), Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin berkata walaupun golongan perintis Singapura meletakkan asas semangat memberi bagi generasi akan datang, rakyat Singapura masa kini perlu mencari sendiri erti bagi kehidupan mereka dengan membantu orang lain.

Sumber : CNA/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan