Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG Bike serah permohonan dapatkan lesen operasi

Para pengguna yang meletakkan basikal sebarangan juga akan terus dikenakan bayaran sehingga basikal yang disewa itu dikembalikan ke ruang letak basikal yang dikhususkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:28PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 09:32PM

SINGAPURA: Syarikat pengendali kongsi basikal SG Bike sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan lesen daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ia dipercayai pengendali kongsi basikal yang pertama membuat permohonan sebelum tarikh tamat tempoh pada 7 Julai depan. Ini juga selepas syarikat oBike tiba-tiba menamatkan operasinya dengan serta merta kelmarin (25 Jun) atas sebab masalah operasi.

SG Bike yang mula dilancarkan pada Ogos tahun lalu, kini mempunyai
1,500 basikal. Menurutnya, ia akan membuat perubahan kepada aplikasi bijaknya bagi mematuhi syarat-syarat pelesenan LTA.

Ini termasuk memenuhi syarat memerlukan para pengguna mengimbas kod QR unik di tempat meletak basikal sebagai bukti sebelum menamatkan perjalanan mereka.

Para pengguna yang meletakkan basikal sebarangan juga akan terus dikenakan bayaran sehingga basikal yang disewa itu dikembalikan ke ruang letak basikal yang dikhususkan.

3 PENGENDALI LAIN JUGA BAKAL SERAHKAN PERMOHONAN

Tiga pengendali kongsi basikal, Anywheel, ofo dan Mobike juga dijangka mengemukakan permohonan masing-masing.

Anywheel merancang untuk mengemukakan permohonannya menjelang hujung minggu ini. Ia mempunyai 4,000 basikal dengan 25 peratus daripadanya sering disewa.

Mengenai isu meletak basikal sebarangan, langkah-langkah lanjutan sedang diambil dengan kerjasama LTA seperti mengambil basikal yang diletakkan sebarangan, dalam masa empat jam. Namun, SG Bike menegaskan masalahnya berpunca daripada kurangnya kesedaran dalam kalangan para pengguna.

Kedua-dua pengendali turut akur ada kos terlibat bagi mengubahsuai app yang digunakan. Mereka bagaimanapun menyakinkan para pengguna bahawa mereka tidak akan dibebani kos tersebut.  

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan