Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SG Bike bakal jadi pengendali basikal sewa terbesar di S'pura

SG Bike bakal menjadi pengendali basikal sewa terbesar di Singapura sekiranya perjanjian dengan syarikat China Mobike diluluskan.

Anggaran Waktu Membaca:
SG Bike bakal jadi pengendali basikal sewa terbesar di S'pura

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 10:47AM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 10:51AM

SINGAPURA: SG Bike bakal menjadi pengendali basikal sewa terbesar di Singapura sekiranya perjanjian dengan syarikat China Mobike diluluskan.

Kedua-dua syarikat itu mengumumkan demikian dalam satu kenyataan bersama pada awal Selasa (13 Ogos) bahawa pihak masing-masing sudah menyerahkan permohonan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk Mobike menyerahkan lesen basikal sewanya kepada SG Bike.

Menurut kenyataan media bersama, perjanjian tersebut dijangka akan dimuktamadkan sebelum 13 September tahun ini.

Sekiranya pemindahan lesen itu diluluskan, kedua-dua pengendali menyatakan bahawa SG Bike, yang kini dibenarkan menguruskan jumlah maksimum sebanyak 3,000 basikal, boleh memperluaskan rangkaian pelanggan dan mengembangkan perkhidmatannya.

Menurut kenyataan itu lagi, para pengguna Mobike yang mempunyai wang deposit boleh membuat permohonan untuk mendapatkan wang kembali, atau menunggu sehingga perjanjian itu dimuktamadkan. Selepas itu, wang deposit dalam akaun-akaun Mobike akan digantikan dengan kredit SG Bike "tanpa tarikh luput untuk memudahkan penggunaan".

Sebaik saja mendapat kebenaran dari LTA dan kedua-dua sistem disepadukan, para pengguna SG Bike boleh menyewa basikal-basikal daripada kedua-dua jenama dengan menggunakan aplikasi SG Bike.

Para pengguna Mobike sedia ada yang mempunyai baki kredit dan pas berbasikal juga boleh memindahkannya ke SG Bike dengan memuat turun aplikasi SG Bike.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan