Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik tiram mentah siap dimakan Pacific dari Australia Selatan disebabkan pencemaran

Arahan penarikan balik dikeluarkan bagi produk tiram mentah Pacific dari Coffin Bay, Australia disebabkan pencemaran, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik tiram mentah siap dimakan Pacific dari Australia Selatan disebabkan pencemaran

Gambar: SFA

Diterbitkan : 24 Nov 2021 10:19PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 10:21PM

SINGAPURA: Arahan penarikan balik dikeluarkan bagi produk tiram mentah Pacific dari Coffin Bay, Australia disebabkan pencemaran, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) hari ini (24 Nov).

Tiram-tiram itu, yang dikutip dari Coffin Bay dari 4 September hingga 16 November ditarik balik disebabkan "pencemaran vibrio parahaemolyticus", menurut SFA.

Vibrio parahaemolyticus adalah sejenis bakteria yang biasanya dijumpai dalam makanan laut mentah seperti krustasia dan kerang-kerangan molluscan disebabkan pencemaran semula jadi dalam sekitaran akuatik di lautan.

"Memakan makanan laut mentah dengan kandungan tinggi bakteria itu boleh menyebabkan penyakit akibat makanan termasuk demam, kejang perut dan cirit-birit teruk," menurut SFA.

Penarikan balik itu diarahkan oleh SA Heath, iaitu jenama portfolio kesihatan bagi khidmat-khidmat dan agensi-agensi di bawah Kerajaan Australia Selatan.

Oleh kerana produk-produk terjejas dibawa masuk ke Singapura, SFA sudahpun mengarahkan ketiga-tiga pengimport untuk menarik balik produk tersebut.

Penarikan balik produk-produk tersebut sudahpun selesai dijalankan oleh Angliss Singapore dan Culina dan sedang dijalankan oleh Evergreen Seafood.

SFA menasihatlkan para pengguna yang membeli produk terjejas supaya tidak memakannya.

"Mereka yang sudah makan produk terjejas dan bimbang tentang kesihatan mereka seharusnya mendapatkan nasihat perubatan," menurut penguasa itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan