Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA tarik balik Chang Soda Water kerana kandung bromat

Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan menarik balik air minuman botol Chang Soda water selepas bromat ditemui dalam sampel produk itu, kata SFA pada Selasa (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
SFA tarik balik Chang Soda Water kerana kandung bromat

Air botol Chang Soda Water. (Gambar: Agensi Makanan Singapura)

Diterbitkan : 02 Jun 2020 11:14PM Dikemas Kini : 02 Jun 2020 11:21PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan menarik balik air minuman botol Chang Soda water selepas bromat ditemui dalam sampel produk itu, kata SFA pada Selasa (2 Jun).

 Di bawah Peraturan Makanan Singapura, produk makanan termasuk air botol, tidak dibenarkan untuk mengandungi bahan sampingan seperti cecair berbahaya.

"Kami sudah mengarahkan pengimport, Yen Investments, untuk menarik balik produk berkenaan," menurut SFA dalam satu kenyataan media.

Proses menarik balik produk itu sedang dijalankan.

Produk Chang Soda Water yang terjejas adalah dalam botol 325 milimeter dengan tarikh luput sebelum 25 Feb 2021.

Pengambilan bromat yang berlebihan dalam makanan atau minuman bagi tempoh masa yang berpanjangan boleh menyebabkan simptom termasuk rasa mual, muntah dan sakit perut.

"Para pelanggan yang sudah membeli produk yang itu tidak harus meminumnya," menurut SFA.

SFA juga menasihatkan mereka yang sudah minum produk yang terjejas itu dan bimbang akan kesihatan mereka untuk mendapat nasihat perubatan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan