Images
  • sfa
    (Gambar: SFA)

SFA tarik balik 10 produk labu air kerana paras sulfur dioksida tinggi

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin (29 Jun) mengeluarkan satu nasihat berkenaan 10 jenis produk labu air setelah sampel-sampel didapati mengandungi kandungan sulfur dioksida yang tinggi.

Tujuh pengimport diarahkan untuk menarik balik produk-produk itu, sebahagian besarnya diimport dari Malaysia. Produk-produk itu adalah:

Semua kumpulan produk manisan labu air Zheng Shi Ming (3kg) yang diimport oleh Yuan Sang, dihasilkan pada 13 Jun, 2020

Semua kumpulan produk labu air yang diawet Sweet Homes (250g) diimport oleh Bake with Yen, dihasilkan pada Apr 24, 2020

Semua kumpulan produk Winter Melon Sweet (300g) yang diimport oleh Ah Pau Choy dari Vietnam dengan tarikh luput Oktober 2021

Semua kumpulan produk labu air (300g) yang diimport Z T P Ginseng Birdnest dari China, dengan tarikh baik sebelum November 2021

Semua kumpulan produk labu air yang diawet (150g) yang diimport oleh Sun Kee dari Malaysia, dengan tarikh luput 22 Mei, 2022

Semua kumpulan produk Bee’s Brand Sweeten Melon Strips (1kg) yang diimport oleh Kuo Yeong, dengan tarikh luput 10 Mei, 2021

Semua kumpulan produk Tong Keow Preserved Winter Melon (250g) yang diimport oleh Kuo Yeong, dengan tarikh luput pada 13 Nov, 2021

Semua kumpulan produk Happy Family Melon Chop (300g) yang diimport Kuo Yeong, dengan tarikh luput 2, 3 dan 6 Mac 2021

Semua kumpulan produk manisan labu air Hock Hua Tonic (250g) yang diimport H W Agri-Food Trading, bertarikh luput 26 Mei dan 14 Jun 2021

Semua kumpulan produk labu air Maru Sun (200g) yang diimport oleh H W Agri-Food Trading, bertarikh luput 12 Mei, 2021

Sampel-sampel labu air menunjukkan paras sulfur dioksida melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam Peraturan Makanan Singapura, menurut SFA dalam satu kenyataan media.

Paras sulfit berlebihan dalam makanan boleh menyebabkan alahan bagi mereka yang sangat sensitif terhadap bahan itu, tambah SFA.

Mereka boleh mengalami simptom seperti ruam, gatal-gatal, sakit perut serta cirit-birit dan muntah.

Agensi itu juga meminta para pelanggan untuk menghubungi pengimport bagi maklumat lanjut dan mendapatkan ganti atau wang kembali menerusi nombor talian berikut:

Yuan Sang (Tel: 6779 6677)
Bake With Yen (Tel: 67413957)
Ah Pau Choy (Tel: 62960730)
Z T P Ginseng Birdnest (Tel: 6316 1215)
Sun Kee (Tel: 64170888)
Kuo Yeong (Tel: 6773 7677)
H W Agri-Food Trading (Tel: 64826006 or 64823212) 

- CNA/NA/na

Top