Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SFA buka tender bagi ladang pertanian di Lim Chu Kang, Sungei Tengah

Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (15 Sep) melancarkan dua tapak ladang pertanian di Lim Chu Kang dan Sungei Tengah bagi penjualan menerusi tender awam, menurutnya dalam satu kenyataan media. 

Anggaran Waktu Membaca:
SFA buka tender bagi ladang pertanian di Lim Chu Kang, Sungei Tengah

Sebuah bidang tanah Lim Chu Kang dilancarkan oleh SFA bagi digunakan untuk pertanian makanan am. (Petikan gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 15 Sep 2020 03:03PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 03:05PM

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (15 Sep) melancarkan dua tapak ladang pertanian di Lim Chu Kang dan Sungei Tengah bagi penjualan menerusi tender awam, menurutnya dalam satu kenyataan media.

Tapak di Lim Chu Kang dikhususkan buat pertanian makanan am dan boleh digunakan bagi mengusahakan tanaman makanan, penternakan makanan laut, telur puyuh, lembu atau kambing untuk susu serta katak sebagai makanan. Ia meliputi kawasan seluas sekitar 10,000 meter persegi di Neo Tiew Crescent.

(Peta: SFA)

(Peta: SFA)

Satu lagi bidang tanah di Sungei Tengah Road - untuk digunakan bagi penanaman sayur-sayuran - berukuran sekitar 11,917 meter persegi.

Kedua-dua bidang tanah itu akan disewakan untuk 20 tahun.

"Dengan kurang satu peratus tanah yang diperuntukkan untuk pengeluaran makanan pertanian, ladang kami harus menggunakan sumber yang terhad seperti tanah, air dan tenaga dengan berkesan," jelas SFA.

(Peta: SFA)

(Peta: SFA)

"Ladang-ladang seharusnya memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan daya penghasilan dan menjadi mampan serta berdaya tahan terhadap perubahan iklim."

Ini adalah penjualan tender kali keenam bagi ladang pertanian di Singapura sejak 2017.

PEMBANGUNAN SEMULA LIM CHU KANG

SFA menetapkan sasaran untuk menghasilkan 30 peratus keperluan makanan negara menjelang 2030.

"Saranan yang boleh mencapai tahap penghasilan tinggi secara mampan akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk ditawarkan bidang-bidang tanah baru itu," menurut SFA.

Agensi itu menambah ia akan menilai saranan berdasarkan keupayaan pengeluaran, rekod prestasi, pengalaman dan kelayakan yang relevan serta inovasi dan kemampanan perniagaan termasuk pengurusan sisa.

Pengarah Kanan bagi daya tahan bekalan manakan Melvin Chow berkata SFA akan merancang dan menjadualkan tender tanah masa depan untuk menyokong ladang berpotensi yang boleh mencapai tahap pengeluaran makanan tinggi yang diperlukan untuk memenuhi matlamat "30x30".

"SFA juga sedang mengkaji bagaimana kawasan pertanian Lim Chu Kang yang lebih besar boleh dibangunkan semula untuk meningkatkan penghasilan makanan kami, dengan mempertimbangkan maklum balas daripada pengusaha ladang untuk kemudahan dan perkhidmatan terpusat serta prinsip ekonomi putaran," kata Encik Chow.

"SFA akan bekerjasama dengan ladang-ladang pertanian termasuk pemohon tender yang berjaya dalam penjualan tanah, menuju visi yang menarik bagi Lim Chu Kang." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan