Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sewa sebulan dikecualikan bagi 7,000 pemilik gerai; bantu harungi kesan langkah COVID-19 diperketat

Sekitar 7,000 pemilik gerai akan diberi pengecualian bayaran sewa sebulan bagi membantu mereka mengharungi tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) COVID-19, kata Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor pada Khamis (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Sewa sebulan dikecualikan bagi 7,000 pemilik gerai; bantu harungi kesan langkah COVID-19 diperketat

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 03:07PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 03:10PM

SINGAPURA: Sekitar 7,000 pemilik gerai akan diberi pengecualian bayaran sewa sebulan bagi membantu mereka mengharungi tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) COVID-19, kata Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor pada Khamis (10 Jun).

Pengecualian itu bagi para pemilik gerai di pasar-pasar yang dikendalikan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik.

Dalam catatan Facebooknya, Dr Khor berkata para pemilik gerai berasa terjejas oleh jumlah pengunjung yang lebih rendah semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat dan beliau menggesa orang ramai supaya menyokong gerai-gerai di pasar.

"Bagi membantu para pemilik gerai mengharungi tempoh mencabar ini, kami memperkenalkan beberapa langkah sokongan," kata Dr Khor.

"NEA akan mengecualikan sewa (sama seperti sewa sebulan) bagi sekitar 7,000 pemilik gerai di pasar-pasar yang dikendalikan oleh NEA atau pengendali yang dilantik oleh NEA."

Langkah-langkah itu serupa dengan pengecualian sewa yang sudahpun diumumkan bagi para pemilik gerai makanan yang dimasak.

Dr Khor juga menggalak para pemilik gerai supaya menimbangkan untuk memohon bagi bayaran sekali saja sebanyak S$500 di bawah geran pemulihan sementara yang diumumkan pada Mei lalu.

Geran itu bertujuan untuk membantu para pekerja berpendapatan rendah hingga pertengahan - termasuk golongan yang bekerja sendiri yang layak - yang terjejas dari segi kewangan oleh langkah-langkah COVID-19 yang diperketatkan baru-baru ini.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan