Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin lakukan lawatan sulung ke Singapura

 Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin kini berada di Singapura untuk lawatan perkenalan, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin lakukan lawatan sulung ke Singapura

(Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 27 Jul 2021 06:05PM Dikemas Kini : 27 Jul 2021 06:09PM

SINGAPURA: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin kini berada di Singapura untuk lawatan perkenalan, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Encik Lloyd disambut dengan kawalan kehormat di Kementerian Pertahanan pagi ini sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, kata MINDEF dalam satu kenyataan hari ini (27 Jul).

Dalam pertemuan itu, MINDEF menyatakan Dr Ng dan Setiausaha Austin mengulangi mengenai kerjasama dua hala yang baik dan sekian lama terjalin antara kedua-dua negara. 

Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan kerjasama ketenteraan yang terus kukuh meskipun ketika pandemik COVID-19 melanda, menurut kenyataan itu.

Dr Ng dan Setiausaha Austin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik dan isu keselamatan serantau selain sepakat berhubung pentingnya pelibatan berterusan AS di rantau ini, kata kementerian itu.

Encik akan menyampaikan ucapan utama yang mungkin menyelar perbuatan agresif China di Asia Pasifik.

Beliau mendedahkan ucapannya akan banyak menyentuh tentang kerjasama serta manfaatnya, dengan matlamatnya untuk mengukuhkan hubungan.

Encik Austin dijangka mengutuk pihak berkuasa China berhubung tindakannya dalam pertikaian di Laut China Selatan.

Beliau juga akan menekankan peri penting memastikan rantau itu kekal bebas dan terbuka.

Dalam catatan di Twitter, Encik Austin berkata kerjasama Amerika-Singapura adalah asas utama kehadiran tentera Amerika di Asia Tenggara.

Ia juga merupakan tunggak keselamatan rantau Indo Pasifik.

Kedua-dua negara juga tambah Encik Austin, berkongsi iltizam untuk menegakkan kedudukan berdasarkan undang-undang di rantau ini.

Selain Singapura, Encik Austin juga akan melawat Vietnam dan Filipina.

Ini adalah lawatan pertama Setiausaha Austin ke Singapura sejak menjadi Setiausaha Pertahanan AS, kata MINDEF.

Beliau dijangka mengakhiri lawatannya pada Rabu (28 Julai). 

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan