Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiausaha Angkatan Laut AS bertemu Ng Eng Hen

Setiausaha Angkatan Laut Amerika Syarikat Kenneth Braithwaite telah menemui dengan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen hari ini (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Angkatan Laut AS bertemu Ng Eng Hen

(Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 16 Oct 2020 10:54PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 10:56PM

SINGAPURA: Setiausaha Angkatan Laut Amerika Syarikat Kenneth Braithwaite telah menemui dengan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen hari ini (16 Okt).

Semasa pertemuan di Kementerian Pertahanan itu, kedua-dua pemimpin mengesahkan semula hubungan pertahanan dua hala yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua buah negara.

Setiausaha Braithwaite dan Dr Ng membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan cara-cara untuk mengukuhkan kerjasama tentera laut Singapura-Amerika.

Angkatan tentera laut kedua-dua negara mengadakan latihan dua hala dan pelbagai pihak secara kerap dengan latihan terbaru diadakan di Hawaii pada Ogos lalu bersama Angkatan Laut AS.

Sempena lawatan pengenalannya selama dua hari ke negara ini, Setiausaha Braithwaite turut menemui Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan mengunjungi Pangkalan Tentera Laut Changi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan