Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setiap orang hadam 5 gram mikroplastik setiap minggu: Kajian

Satu kajian global yang baru mendapati purata setiap orang menghadam sekitar 5 gram mikroplastik setiap minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2019 04:47PM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 09:21PM

SINGAPURA: Satu kajian global yang baru mendapati purata setiap orang menghadam sekitar 5 gram mikroplastik setiap minggu.

Ia bersamaan dengan berat sekeping kad kredit.

Laporan oleh Universiti Newcastle itu yang pertama menggabungkan dapatan dari lebih 50 hasil kajian merata dunia.

Lapan juta tan plastik berakhir di lautan setiap tahun.

Menurut kajian baru Dana Hidupan Liar Sedunia WWF, sebahagiannya masuk ke badan manusia sebagai mikroplastik, iaitu zarah lebih kecil daripada 5 milimeter.

Mikroplastik boleh datang dari kosmetik, bahan pembersih atau pecahan serpihan plastik yang lebih besar.

Ia terjadi apabila sisa atau air sisa dibuang atau diuruskan dengan tidak wajar.

Dan kajian menunjukkan sumber terbesar mikroplastik di seluruh dunia adalah air botol atau air paip.

Agensi Air Negara, PUB mengatakan tiada mikroplastik dalam air paip kerana ia dikeluarkan apabila air dirawat.

"Mereka yang tinggal di kawasan-kawasan perusahaan padat dengan kemudahan pengurusan sisa yang sedikit, akan terdedah kepada risiko lebih tinggi menghadam mikroplastik.

Sebaliknya seseorang yang tinggal dalam sekitaran yang bersih dengan kemudahan pengurusan sisa yang baik, akan menghadapi risiko lebih rendah terdedah kepada mikroplastik," menurut Pengkaji Universiti Newcastle, Australia Kala Senathirajah.

Mikroplastik juga terdapat daam sumber sumber makanan seperti garam dan kerang-kerangan.

Agensi Makanan Singapura mengatakan ia menjalankan ujian kerap ke atas sampel makanan bagi memastikan keselamatan makanan dan akan melaksanakan langkah-langkah wajar jika perlu.

Walaupun tidak jelas bagaimana kesan mikroplastik ke atas kesihatan, WWF mengatakan sekurang-kurangnya laporan kajian itu seharusnya meningkatkan kesedaran pihak-pihak berkuasa.

Di Singapura, pihak berkuasa tidak lama lagi akan melaksanakan rangka kerja pembungkusan mandatori.

Di bawah peraturan itu firma-firma besar perlu membentangkan laporan tentang rancangan mereka untuk mengurangkan sisa pembungkusan.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan