Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setem-setem baru dilancarkan bagi peringati Arab Street, Kampong Gelam

Singapore Post (SingPost) hari ini (21 Mac) melancarkan satu siri setem baru bagi memperingati kawasan-kawasan bersejarah di Arab Street dan Kampong Gelam.

Anggaran Waktu Membaca:
Setem-setem baru dilancarkan bagi peringati Arab Street, Kampong Gelam

(Gambar: Singpost)

Diterbitkan : 21 Mar 2018 04:02PM Dikemas Kini : 21 Mar 2018 04:08PM

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) hari ini (21 Mac) melancarkan satu siri setem baru bagi memperingati kawasan-kawasan bersejarah di Arab Street dan Kampong Gelam.

Setem-setem ini akan memaparkan pemandangan lama dan masa kini rumah-rumah kedai di Arab Street dan Masjid Sultan di Kampong Gelam.

"Di tengah-tengah perkembangan pesat di Singapura, kawasan sekitar Arab Street dan Kampong Gelam merupakan kawasan kebudayaan utama, yang mengekalkan warisan budaya yang kaya dan hubungan erat dengan masyarakat Melayu-Islam," menurut SingPost dalam kenyataan medianya.

Setem-setem ini dikeluarkan dalam dua nilai, bagi tempatan dan S$1.30. Terdapat juga set setem Hari Pertama berharga S$4.70 setiap satu.

Setem-setem baru itu dijual di semua pejabat pos, Philatelic Store @ GPO, Muzium Setem Singapura serta laman SingPost.  

Sumber : CNA/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan