Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setem raikan kaum Hawa S'pura dijual mulai 15 Nov

Setem sempena memperingati dan meraikan kaum wanita Singapura boleh dibeli mulai Isnin (15 Nov)

Anggaran Waktu Membaca:
Setem raikan kaum Hawa S'pura dijual mulai 15 Nov

Setem sempena memperingati "Tahun Meraikan Wanita SG". (Gambar: SingPost, MSF)

Diterbitkan : 13 Nov 2021 02:49PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 02:50PM

SINGAPURA: Setem sempena memperingati dan meraikan kaum wanita Singapura boleh dibeli mulai Isnin (15 Nov).

Setem itu hasil kerjasama antara Singapore Post dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). Ia sebahagian daripada usaha kementerian itu untuk memperingati "Tahun Meraikan Wanita SG", menurut SingPost dan MSF dalam satu kenyataan media bersama hari ini (13 Nov).

Setem itu direka secara bersama oleh Cik Casey Ng, seorang pelukis berkeperluan khas dari Singapore Fashion Runway, dan Cik Agnes Tan, seorang pereka setem.

"Rekaan setem Meraikan Wanita Sg diilhamkan oleh logo Meraikan Wanita SG dan memaparkan perkataan-perkataan seperti keberanian serta daya bingkas, yang digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri positif kaum Hawa di Singapura, pencapaian mereka selain menyokong kemajuan berterusan mereka," menurut SingPost dan MSF.

Logo itu menampakkan tiga bayangan untuk membentuk gambar bunga kebangsaan Singapura, Vanda Miss Joaquim. Ia mewakili "Wanita SG dahulu, kini dan akan datang sedang mereka maju mengharungi zaman sebagai sebahagian daripada kemajuan sosial bersama Singapura".

Warna-warna pada setem itu pula melambangkan kerencaman wanita merentasi semua generasi dan dari segenap latar belakang kehidupan.

Setem berharga S$1.50 itu boleh dibeli daripada semua pejabat pos, kedai filatelik dan secara online mulai Isnin.

Tawaran penjualan setem hari pertama berharga S$2.85 dan Pek Koleksi Peribadi berharga S$3.95 juga akan dijual.

MSF mendedikasi 2021 sebagai Tahun Meraikan Wanita SG.

Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling berkata setem yang dilancarkan secara khas itu membantu mengiktiraf pelbagai peranan yang dimainkan kaum wanita dalam masyarakat Singapura serta meraikan pencapaian mereka.

"Seperti nilai-nilai yang terpahat pada setem itu, saya berharap kita akan terus menekankan, mengesahkan dan mengiktiraf sumbangan wanita Singapura kita serta menjalin kerjasama untuk membentuk sebuah masyarakat lebih adil di mana kaum Hawa disokong dan diperkasa untuk mencapai potensi penuh mereka," ujar beliau. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan