Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Setem baru tampil peta masa lampau S'pura bakal dikeluarkan

 Satu koleksi setem baru yang menampilkan peta masa lampau Singapura akan dikeluarkan pada Selasa (1 Dis), menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Anggaran Waktu Membaca:
Setem baru tampil peta masa lampau S'pura bakal dikeluarkan

Satu koleksi setem baru yang menampilkan peta masa lampau Singapura akan dikeluarkan pada Selasa (1 Dis). (Gambar: NLB)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 11:14PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 11:16PM

SINGAPURA: Satu koleksi setem baru yang menampilkan peta masa lampau Singapura akan dikeluarkan pada Selasa (1 Dis), menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Peta-peta itu, yang diperolehi daripada koleksi bahan luar biasa Perpustakaan Negara, akan ditampilkan di empat setem.

Setiap setem itu mempunyai nilai 1st local (S$0.30), S$0.70, S$0.90 dan S$1.40, menurut NLB, sambil menambah bahawa ia boleh dibeli di semua pejabat pos, kedai setem dan secara online menerusi laman web shop.singpost.com.

Sampul hari pertama dan pek hadiah mengandungi set lengkap setem juga ditawarkan, masing-masing berharga S$4.90 dan S$5.70.

Antara peta yang tampilkan termasuk yang dilukis pada 1604 - menunjukkan persekitaran Singapura sebagai sebuah pulau.

Satu carta bertarikh 1755 pula oleh seorang ahli hidrografer dari Perancis Jacques-Nicolas Bellin menunjukkan laluan pelayaran di Selat Melaka dan Singapura. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan