Images
  • halimah one

Serving SG dilancar akhir tahun depan

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengadakan sesi dialog dengan para pemimpin kesatuan sekerja dari sektor perindustrian.

Topik-topik utama yang dibincangkan mereka termasuk cabaran pertumbuhan dalam sektor ekonomi negara.

'SERVING SG'

Di sesi itu juga, sebuah inisiatif "Serving SG" turut akan dilancarkan pada tahun depan.

Ia bertujuan untuk memberi sokongan kepada pekerja di sektor awam, khususnya kepada golongan yang kurang "diberi penghargaan".

Inisiatif itu merupakan suatu usaha yang diperluaskan selepas Presiden Halimah menjangkaui para pekerja dari sektor pengangkutan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sosial.

CABARAN EKONOMI

Dalam sesi dialog di Istana itui, para pemimpin kesatuan bertukar-tukar idea, pendapat dan maklum balas dengan Presiden Halimah serta Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng.

Antara topik perbincangan mereka meliputi keadaan ekonomi dalam dan luar negara.

Ia termasuk pertumbuhan mendatar ekonomi Singapura pada suku kedua tahun ini serta kebimbangan mengenai pertikaian perdagangan Amerika-China.


"Mereka ada sedikit kekhuatirab tentang apa yang berlaku di seluruh dunia, terutama sekali masalah antara Amerika Syarikat dengan negeri China dan apakah implikasi ke atas pekerjaan mereka, dan perkembangan teknologi yang begitu pesat dan apakah kesan ke atas pekerja-pekerja mereka.

"Mereka merasakan mereka telah melihat bagaimana pertumbuhan ekonomi kita telah menjadi sedikit lembab, kalau dibandingkan dengan sektor kedua, dalam suku yang kedua pada tahun ini," kongsi Presiden Halimah.

BINCANG JALAN KELUAR

Mereka juga membincangkan tentang huraian dan jalan keluar untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi termasuk mencipta peluang bagi para pekerja untuk menimba dan meningkatkan kemahiran mereka.

"Jadi, pada masa yang sama mereka juga akur bahawa banyak usaha yang dilakukan, misalnya, pelaburan yang masuk ke Singapura, masih banyak pelaburan, masih banyak pekerjaan.

"Mereka mengatakan bahawa masih terdapat syarikat di kalangan mereka yang tidak mempunyai kerja yang mencukupi, jadi ini bermakna masih ada peluang," kata Presiden Halimah.  

- BERITAmediacorp/ur

Top