Images
  • Singlong peanut powder
    Produk Singlong yang ditarik balik. (Gambar: SFA)

Serbuk kacang tanah bergula jenama Singlong ditarik balik

SINGAPURA: Serbuk kacang tanah bergula jenama Singlong diarahkan ditarik balik setelah paras aflatoksin dikesan melebihi had maksimum yang ditetapkan dalam peraturan makanan Singapura.

Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan adanya aflatoksin dalam produk itu semasa melakukan pemeriksaan rutin ke atas sampel produk tersebut.

"SFA sudah mengarahkan pengilang, Sing Long Foodstuff Trading, untuk menarik balik semua produk terjejas," menurut SFA, sambil menambah proses tersebut sedang dijalankan.

Aflatoksin boleh muncul dalam makanan seperti kacang tanah disebabkan pencemaran kulat sebelum dan selepas dituai. Aflatoksin dikenali sebagai genetoksik dan karsinogenik dan pendedahan menerusi makanan perlu kekal pada paras serendah mungkin, menurut SFA.

Produk yang terjejas adalah serbuk kacang tanah bergula jenama Singlong, dalam bungkusan 300 gram, bagi semua tarikh luput.

"Para pelanggan yang sudah membeli produk terjejas dinasihatkan supaya jangan memakannya," menurut SFA.

"Meskipun sekali sekala termakan makanan yang dicemari aflatoksin tidak dijangka menyebabkan risiko kesihatan, mereka yang sudah memakan produk terjejas dan berasa bimbang tentang kesihatan mereka perlu berjumpa doktor."

Para pelanggan boleh menghubungi kedai di mana mereka membeli produk tersebut untuk bertanya lanjut, tambah SFA.

- CNA/NK/nk

Top