Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serat tumbuhan semula jadi berpotensi kurangkan penyerapan lemak hampir separuh

Kajian terbaru NTU dan Harvard menunjukkan cara terbaru mengawal berat badan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Aug 2018 07:35PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 09:22PM

SINGAPURA: Pernahkan anda impikan untuk makan tanpa risau berat badan akan naik?

Nampaknya ia mungkin menjadi kenyataan.

Serat selulosa bersaiz nano yang ditambah kepada makanan boleh membantu tubuh menyerap kurang lemak.

Demikian hasil kajian terbaru oleh para saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Harvard.

Kajian bersama itu menunjukkan bagaimana selulosa, serat tumbuhan semula jadi apabila dipecahkan kepada kepingan kecil dan ditambah kepada makanan boleh mengurangkan penyerapan lemak hampir separuh.

Apabila diuji pada tikus pula, para saintis mendapati bahawa mereka yang diberi makan krim yang mengandungi serat nano menyerap 36 peratus kurang lemak.

Ini berbanding tikus yang diberi makan krim sahaja.

Walaupun kajian itu masih di tahap eksperimen, NTU berharap untuk membangunkan produk sebenar dalam tempoh dua hingga lima tahun. 

Sumber : CNA/NU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan