Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serangan siber SingHealth: Pemerintah tarik balik penghentian sistem ICT baru

Penghentian sementara itu dilakukan selepas "penggodaman data peribadi paling serius" dalam sejarah Singapura pada bulan Jun, melibatkan rekod 1.5 juta pesakit SingHealth yang diakses dan disalin termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2018 07:47PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 10:04PM

SINGAPURA: Sistem ICT baru yang dihentikan sementara, ekoran serangan siber terhadap sistem SingHealth, ditarik balik pada Jumaat (3 Ogos). Ini menurut Agensi Keselamatan Siber (CSA) dan Kumpulan Pemerintah Negara Bijak dan Digital (SNDGG) dalam satu kenyataan bersama.

SNDGG sudah selesai menjalankan semakan terhadap dasar-dasar keselamatan siber dan akan melaksanakan langkah-langkah tambahan untuk sistem-sistem kritikal pemerintah bagi mengesan ancaman keselamatan siber, menurut kenyataan itu.

Penghentian sementara itu dilakukan selepas "penggodaman data peribadi paling serius" dalam sejarah Singapura pada bulan Jun, melibatkan rekod 1.5 juta pesakit SingHealth yang diakses dan disalin termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong meminta maaf atas serangan itu yang disifatkan sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

CSA juga sudah mengarahkan 11 sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal (CII) untuk meningkatkan keselamatan rangkaian mereka ekoran serangan siber terhadap sistem komputer SingHealth baru-baru ini, dengan mengambil langkah tambahan.

Langkah-langkah ini termasuk memutuskan semua sambungan ke rangkaian luaran yang tidak selamat, mencegah kebocoran data dan melaksanakan gerbang maklumat yang terjamin jika komunikasi dua hala antara rangkaian terjamin dan tidak terjamin diperlukan.

Langkah-langkah sedemikian sudah dilaksanakan oleh pemerintah, yang merupakan salah satu daripada 11 sektor CII, sejak tiga tahun lalu untuk mematuhi garis panduan keselamatan siber ini, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, agensi-agensi itu juga memberi amaran adalah mustahil untuk menyingkirkan risiko serangan keselamatan siber sama sekali.

"Kita tidak akan membenarkan kejadian sedemikian menghambat kami daripada membangunkan Pemerintah Negara Bijak dan Digital. Kita perlu terus berusaha untuk memanfaatkan potensi era digital, sambil membangunkan kepakaran yang lebih mendalam mengenai keselamatan siber supaya kita boleh melakukannya dengan yakin," menurut kenyataan itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan