Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Serangan Christchurch: Pemimpin Singapura ucap takziah

Para pemimpin Singapura pada Jumaat (15 Mac)mengutuskan kawat takziah berikutan serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 49 orang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Christchurch: Pemimpin Singapura ucap takziah

Masjid Al-Noor. (Gambar: Martin Hunter/REUTERS/SNPA)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 11:07PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 11:35PM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura pada Jumaat (15 Mac) mengutuskan kawat takziah berikutan serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 49 orang.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengutuk kejadian tersebut sebagai "serangan pengganas' dan menggelarnya 'hari paling gelap" dalam sejarah negara itu.

S'PURA BERDIRI BERSAMA NEW ZEALAND PERANG PENGGANASAN

Menulis kepada Gabenor Agung New Zealand Parsy Reddy, Presiden Halimah Yacob berkata beliau amat terkejut dengan serangan ke atas Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucap takziah yang paling mendalam kepada keluarga mangsa, dan berharap mereka yang cedera segera pulih," kata Presiden Halimah.

"Singapura mengutuk keras tindakan keganasan yang tidak masuk akal ini terhadap orang awam yang tidak bersalah di tempat ibadah dan menegaskan lagi perpaduan kita bersama New Zealand dalam memerangi pengganasan.

"Doa dan ingatan kami bersama New Zealand semasa masa sukar ini, "kata Presiden lagi.

SERANGAN PENGGANAS YANG AMAT KEJAM: PM

Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga menulis kepada rakan sejawatannya di New Zealand Jacinda Adern, mengatakan beliau "terkejut" apabila mengetahui kejadian tembakan rambang itu.

"Nyawa berharga, yang tidak berdosa hilang begitu sahaja dan ramai yang cedera.

"Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya ingin mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan rakyat New Zealand," kata Encik Lee.

"Singapura mengutuk keras perbuatan ganas yang tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan ini . Tindakan keji itu adalah usaha untuk menyebarkan ketakutan dan kebencian. Kita tidak boleh membenarkan tindakan sedemikian memecah belahkan masyarakat kita," katanya.

"Singapura berdiri teguh bersama New Zealand dalam memerangi pengganasan. Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda, New Zealand akan kekal berdaya tahan dan bersatu dalam masa yang sukar ini," tambah Encik Lee.

TINDAKAN KEGANASAN YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN: VIVIAN BALAKRISHNAN

Surat ketiga diutus Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan kepada rakan sejawatannya Winston Peters.

"Saya terkejut mengetahui serangan pengganas di Christchurch pada 15 Mac 2019," tulis beliau.

"Ini adalah tindakan keganasan yang tidak boleh dimaafkan yang menentang prinsip keharmonian dan toleransi."

"Singapura berdiri bersama New Zealand dalam masa yang sukar ini. Saya yakin pemerintah New Zealand akan tangani keadaan ini dengan tegas," kata Dr Balakrisnan. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan