Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Separuh jawatan sektor logistik akan berubah; pekerjanya perlu timba kemahiran baru

Lebih separuh daripada 56 jawatan yang dikenal pasti dalam sektor logistik perlu berubah dan pekerjanya perlu dilengkapi kemahiran baru, manakala tujuh jawatan pula dijangka luput sama sekali, menurut kajian EDB.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2021 07:52PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 09:41PM

SINGAPURA: Lebih separuh daripada 56 jawatan yang dikenal pasti dalam sektor logistik perlu berubah dan pekerjanya perlu dilengkapi kemahiran baru.

Tujuh jawatan pula dijangka luput sama sekali.

Demikian menurut kajian Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) yang dikeluarkan sempena pelancaran Perancangan Perubahan Pekerjaan bagi industri logistik.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng pada Jumaat (26 Nov) menggesa syarikat-syarikat agar memanfaatkan panduan itu.

Ia membentangkan pelbagai inisiatif pemerintah untuk menyiapkan pekerja bagi keperluan hari muka.

Pekerjaan seperti penyelaras trafik dan penghantaran serta pengendali forklift dijangka lenyap dengan ketibaan Industri 4.0.

Ini sejajar dengan kemunculan jawatan-jawatan baru seperti penganalisis data rantaian bekalan dan spesialis penyenggaraan I 4.0.

Dr Tan menyeru pekerja supaya merancang laluan peningkatan kemahiran bersama majikan mereka dan memajukan diri sendiri.

Gerakan buruh pula menjalin kerjasama tiga pihak untuk membantu pekerja memanfaatkan peluang-peluang luas dalam sektor logistik.

Pengarah bagi Sekretariat Divisyen Mobilisasi NTUC, Fahmi Aliman berkata: "Di Singapura sektor logistik amatlah besar sekali. Banyak daripada sektor logistik adalah perusahaan-perusahaan kecil yang sekarang mempunyai kesukaran untuk mendapat pekerja-pekerja yang ada kemahiran.

"Tetapi menerusi CTC atau Jawatankuasa Latihan Syarikat, kita telah dapat bergabung dengan mereka untuk mempertingkatkan kemahiran pekerja-pekerja kita di sini." 

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan