Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sentosa akan tampilkan daya tarikan baru, Pulau Brani disasar sebagai gerbang selatan Asia

Satu set pelan yang menyeluruh untuk membentuk semula Pulau Sentosa sedang dihasilkan, umum Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat hari ini (17 Okt) di pembukaan pesta perdagangan pelancongan ITB Asia 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2018 03:05PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 10:57PM

SINGAPURA: Satu set pelan yang menyeluruh untuk membentuk semula Pulau Sentosa sedang dihasilkan, umum Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat hari ini (17 Okt) di pembukaan pesta perdagangan pelancongan ITB Asia 2018.

Dalam ucapannya, Encik Chee menyentuh tentang status Pulau Sentosa sebagai salah satu daya tarikan utama di Singapura, dan menekankan betapa pentingnya untuk pulau peranginan itu kekal berdaya saing dan terus menyuntik kesegaran.

"Buat masa ini, kami sedang menghasilkan satu set pelan yang komprehensif untuk membentuk semula seluruh Sentosa dan melakarkan skop lebih luas bagi daya tarikan baru dan pelaburan bagi pulau ini," kata Encik Chee.

Pulau Sentosa menjadi tuan rumah kepada Resorts World Sentosa dan Universal Studios Singapore dan sejauh ini sudah dikunjungi 19 juta rakyat tempatan dan pelancong setiap tahun. Ia juga menjadi lokasi sidang puncak Trump-Kim pada Jun lalu.

"GERBANG SELATAN ASIA"

Memandangkan terminal-terminal kontena Tanjong Pagar akan dipindahkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, agensi-agensi pemerintah boleh memanfaatkan ruang lebih besar, dan sedang melakarkan pelan-pelan pembangunan bagi Pulau Brani dan Greater Southern Waterfront.

"Tapak terbentang luas ini, yang sebesar Pulau Sentosa, menyediakan peluang-peluang menarik untuk kita membangunkan daya tarikan pelancong baru dan mengukuhkan lagi kedudukan lokasi ini sebagai Gerbang Selatan Asia," kata Encik Chee.

Selain itu, rancangan membangunkan prasarana dan daya tarikan baru dan banyak acara menarik juga akan dianjurkan bagi memikat lebih ramai pelancong ke Singapura sepanjang tahun.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan