Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sengkang, Tampines, Sembawang kawasan tawarkan makanan paling mahal

Menjamu selera di luar sudah menjadi sebati dengan kehidupan di Singapura. Namun berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk makan di luar?

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 May 2018 07:01PM Dikemas Kini : 21 May 2018 12:11AM

SINGAPURA: Menjamu selera di luar sudah menjadi sebati dengan kehidupan di Singapura. Namun berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk makan di luar?

Sebuah kumpulan pemikir setempat membangunkan apa yang digelar mereka sebagai 'Indeks Makan' bagi menilai kos makanan luar di kawasan-kawasan kejiranan di Singapura.

Dibangunkan oleh Institut Kajian Dasar (IPS), Indeks Makan 2017 mendapati tiga kawasan paling mahal adalah Sengkang, Tampines dan Sembawang.

Sementara kawasan yang menawarkan makanan paling murah adalah Ang Mo Kio, Queenstown dan Bukit Timah.

Jika dibandingkan antara kawasan paling mahal Sengkang dengan paling murah iaitu Ang Mo Kio, perbezaan pada harga makanannya adalah sekitar 22 peratus.

Indeks itu dibangunkan berdasarkan dapatan daripada hampir 2,400 gerai di pusat-pusat penjaja, kedai kopi dan pusat makanan di seluruh negara.

Para penyelidik kemudian mengumpulkan harga bagi lima hidangan Singapura yang biasa dibeli para penduduk seperti nasi campur ekonomi dengan dua jenis sayuran dan satu lauk daging, nasi ayam, mee rebus, Milo ais serta Kopi-O.

Secara purata, makanan dan minuman tersebut didapati lapan peratus lebih murah di estet-estet matang berbanding bukan matang.

HARGA RENDAH ADA KAITAN DENGAN PERATUSAN PENDUDUK TUA

Menurut para penyelidik, harga lebih rendah itu ada kaitannya dengan peratusan penduduk tua yang lebih tinggi, jumlah flat-flat sewa yang lebih banyak serta jurang pendapatan yang lebih besar. Itu merupakan antara ciri-ciri yang bersangkut paut dengan kerentanan sosial.

Pasukan pemikir ini berharap indeks tersebut dapat membantu para penduduk dalam membuat pilihan lebih baik, bukan sahaja dalam menentukan bajet makanan mereka tetapi juga kawasan yang ingin mereka tinggal di masa akan datang.

Namun kajian itu juga mempunyai beberapa kekurangan. Misalnya, ia tidak mengambil kira beberapa faktor lain seperti jenis makanan yang ditawarkan serta jarak tempat-tempat makanan itu dari rumah mereka.

Sungguhpun begitu, para penyelidik menekankan indeks itu hanyalah satu permulaan kepada lebih banyak lagi penyelidikan serupa seperti indeks kos sara hidup dan mutu kehidupan di setiap kawasan kejiranan.  

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan