Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua urus niaga kad bertindih 'berjaya dikembalikan': DBS

Semua urus niaga bertindih yang dibuat pada kad debit dan kredit DBS sudah "berjaya dikembalikan", umum bank itu pada Sabtu (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Semua urus niaga kad bertindih 'berjaya dikembalikan': DBS

Para pelanggan DBS menggunakan mesin ATM bank itu. (Gambar: AFP / Roslan Rahman)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 02:44PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 02:49PM

SINGAPURA: Semua urus niaga bertindih yang dibuat pada kad debit dan kredit DBS sudah "berjaya dikembalikan", umum bank itu pada Sabtu (19 Jun).

Ini setelah gangguan pada proses pembayaran bank tersebut pada Jumaat mengakibatkan urus niaga pada beberapa kad DBS dipotong sebanyak dua kali.

"Kami sudah mengembalikan wang yang terjejas dek gangguan urus niaga bertindih yang menjejas kad debit, kredit dan akaun cashline. Kami mohon maaf atas kerisauan yang berlaku dan kesali kesulitan yang ditimbulkan," menurut DBS di laman webnya.

Dalam kemas kini di Facebook, DBS menyatakan sebarang yuran atau caj yang terbit daripada gangguan tersebut akan diketepikan.

"Sistem bank kami kekal selamat dan tidak dikompromi," kata bank itu.

Pelanggan yang ingin memeriksa sama ada wang dalam urus niaga bertindih itu sudah dikembalikan boleh melakukannya melalui pelbagai saluran, termasuk digibank Mobile DBS.

Pada Jumaat, beberapa pelanggan DBS menulis komen di laman Facebook bank tersebut dengan berkata bahawa perbelanjaan urus niaga mereka dipotong sebanyak dua kali. Ada yang berkata bahawa urus niaga tersebut menyebabkan akaun bank mereka jatuh ke paras negatif.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Jumaat menyatakan DBS sudah memaklumkannya mengenai "gangguan teknikal" dalam sistem memproses bayaran bank tersebut. DBS telah diarah menjalankan siasatan menyeluruh, tambah MAS.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan