Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua unit di Lorong 3 Geylang dikosongkan setelah tanah dipulangkan

Para pemilik unit dan penghuninya sudah menerima bantuan sepanjang tiga tahun lalu bagi mendapatkan rumah di kawasan lain, tambah SLA.

Anggaran Waktu Membaca:
Semua unit di Lorong 3 Geylang dikosongkan setelah tanah dipulangkan

Unit teres di kawasan Lorong 3 Geylang.

Diterbitkan : 01 Jan 2021 07:35PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 07:37PM

SINGAPURA: Semua 191 unit rumah teres di Lorong 3 Geylang sudah dikosongkan dengan pemilikan tapak dipulangkan kepada negara selepas tamat tempoh pajakannya pada Khamis (31 Dis).

"Pemulangan tanah pajakan kepada Negara sebaik tamat tempohnya membolehkan tanah itu diberi nafas baru bagi memenuhi pelbagai keperluan rakyat Singapura," menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) pada Jumaat (1 Jan).

"SLA akan memasang pagar dan membersihkan tapak itu bagi menyediakannya untuk pembangunan semula."

Diumumkan pada Jun 2017, tanah yang menempatkan unit-unit itu akan dipulangkan kepada pihak berkuasa sebaik tempoh pajakan 60 tahun berakhir.

Ia akan dibangunkan semula bagi perumahan awam sebagai sebahagian daripada rancangan besar untuk menyegarkan semula kawasan Kallang, jelas SLA sebelum ini.

Daripada 191 unit di tapak itu, 40 didiami para pemiliknya, 16 digunakan bagi tujuan keagamaan dan 135 digunakan sebagai tempat tinggal pekerja asing.

Para pemilik unit dan penghuninya sudah menerima bantuan sepanjang tiga tahun lalu bagi mendapatkan rumah di kawasan lain, tambah SLA.

SLA juga bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta pertubuhan agama yang relevan untuk membantu penghuni unit-unit yang digunakan bagi tujuan keagamaan. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan