Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua sekolah baru akan dijadikan 'bebas hadangan' - Presiden Halimah Yacob

Sekolah-sekolah yang inklusif memberi isyarat bahawa pembelajaran tidak seharusnya dibataskan oleh keupayaan fisikal seseorang pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekolah-sekolah yang inklusif memberi isyarat bahawa pembelajaran tidak seharusnya dibataskan oleh keupayaan fisikal seseorang pelajar.

Demikian dikongsikan oleh Presiden Halimah Yacob dalam lawatannya ke Sekolah Menengah Zhenghua, yang menawarkan akses "bebas hadangan" kepada pelajar berkeperluan khas.

Seorang pelajar berkongsi manfaat yang diraih daripada integrasi dengan pelajar biasa.

Pada usia enam bulan, Aaron Irwan, disahkan menghidap penyakit distrofi otot dan perlu bergantung pada sejenis alat bantuan pernafasan.

Beliau kini seorang pelajar menengah dua di Sekolah Menengah Zhenghua, di mana lebih 7 peratus pelajarnya berkeperluan khas.

Bagi kemudahan pelajar sedemikian, sekolah ini dilengkapi dengan akses bebas hadangan.

"Saya rasa gembira saya dapat rasakan apa rasa di sekolah biasa tidak seperti dahulu saya di sekolah keperluan khas. Dulu mereka tidak ajar matapelajaran khusus macam Matematik, Sains semua tidak ajar. Saya dapat belajar semua ini, saya dapat berkawan dengan rakan-rakan," menurut Aaron Irwan.

Satu sistem sokongan rakan turut disediakan bagi melicinkan proses integrasi antara para pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar lain.

"Untuk murid-murid keperluan khas kami adakan sistem teman untuk memastikan yang keperluan mereka dipenuhi dan teman-teman untuk murid-murid keperluan khas dilatih untuk memastikan yang mereka dapat menolong dan memberi sokongan yang sepatutnya," kata Naib Pengetua Sekolah Menengah Zhenghua, Cik Hartati Osman.

Semasa lawatannya ini, Presiden Halimah Yacob mengumumkan semua sekolah baru akan dijadikan 'bebas hadangan' bagi meningkatkan integrasi dalam kalangan pelajar.

"Kementerian mempunyai usul untuk menentukan semua sekolah adalah sekolah yang tidak mempunyai hadangan. Kalau semua sekolah boleh jadi tanpa hadangan adalah sangat baik dan ia boleh memberi isyarat kepada masyarakat bahawa kita menyokong falsafah masyarakat untuk menjadi inklusif," menurut Puan Halimah Yacob.

Selain Sekolah Menengah Zhenghua, 34 lagi sekolah menengah dan maktab rendah serta 57 sekolah rendah juga menawarkan akses "bebas hadangan" kepada para pelajar berkeperluan khas. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan