Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Semua pusat penjaja baru bakal ada sistem pulangkan dulang secara automatik

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memperkenalkan sistem memulangkan dulang secara automatik atau ATRS.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2021 07:04PM Dikemas Kini : 03 May 2021 07:46PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan memperkenalkan sistem memulangkan dulang secara automatik atau ATRS.

Dalam kenyataan NEA kepada CNA, stesen-stesen sistem ATRS akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat di pusat-pusat penjaja.

Sejauh ini, 10 pusat penjaja di Singapura sudahpun dilengkapi dengan sistem tersebut.

Dengan adanya ATRS, Pusat Makanan Bukit Merah Central melaporkan lebih ramai orang kini lebih bersedia untuk memulangkan dulang makanan mereka.

Pusat penjaja Timbre Plus kendalian sebuah syarikat swasta pula mendapati 98 peratus pengunjung memulangkan dulang sejak sistem automatiknya dirintis lima tahun lalu.

Deposit yang dikenakan kini hanya S$0.50 sejak Mac lalu, berbanding S$1 sebelum ini.

Meskipun sistem ATRS mungkin menggalak lebih ramai orang memulangkan dulang makanan, matlamatnya adalah menjadikannya satu tabiat.

Menurut Setiausaha Agung Pergerakan Berbaik Budi Singapura, Dr Willian Wan, Singapura tidak boleh terus bergantung kepada para pekerja pembersihan yang semakin tua dan ramai golongan muda tidak sedia menjalankan tugas tersebut. 

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan